. Kenapa berkahwin awal?
Jawapan yang paling femes yang selalu saya dengar ialah,
“Kahwin ni best! Kahwin ni, dapat jaga pandangan mata sebab kita tahu, kita dah ada seseorang di dalam hati. Kita dah ada yang halal untuk dirindui, boleh jumpa selalu, boleh dating, pendek kata, boleh melakukan segala perkara yang terlarang sewaktu bercouple.”
Ini sahajakah tujuan kita untuk berkahwin awal?
Islam agama yang syumul. Islam merangkumi SEMUA perkara termasuk apabila melibatkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Diharamkannya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, tetapi dihalalkannya perkahwinan. Cuma kadang2 kita tersalah memilih. Mengikut nafsu lebih daripada mengikuti Al-Quran dan As-sunnah. Bukankah begitu?
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk” Al-Isra’ ayat 32.
Saya rasa ramai yang tahu ayat suci ini. Ayat ini selalu diperkatakan apabila kita mahu mencegah budaya couple yang menjadi kebiasaaan remaja pada hari ini. Allah berfirman dengan mengatakan, “JANGAN MENDEKATI ZINA.” Saya kira ayat ini sudah cukup jelas betapa Allah sangat melarang kita mendekati segala jalan yang membawa kepada zina. Allah tidak berkata, “JANGAN MELAKUKAN ZINA” tetapi Allah mencegah kita untuk tidak mendekati jalan-jalan yang membawa kepada zina. Permulaan zina sudah tentu tidak bermula dengan “jom pergi hotel bajet” tetapi sudah tentu bermula dengan, “Hai awak, boleh kenal?” Atau kalau mahu lebih islamik, “Assalamualaikum muslimah,boleh kita bertaaruf?” Eh. Hihi.
Dan adakah awak-awak yang saya sayangi kerana Allah tahu bahawasanya, selepas ayat 32 di dalam surah Al-Isra’, ayat 33 berbunyi,
“Dan janganlah kamu membunuh orang yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan sesuatu alasan yang benar.”
Lihatlah apa akibatnya dari perbuatan zina, mengandung kemudian melahirkan anak luar nikah. Kemudian, membunuh anak itu. Sungguh cantik susunan ayat-ayat suci Allah di dalam Al-Quran. Tidakkah awak merasakan begitu? Allah melarang zina kerana Allah sudah tahu, hasil dari zina sudah tentu akan melahirkan zuriat yang tidak diinginkan. Lalu kerana malu, si ibu sanggup membunuh anaknya sendiri. Nah, Allah melarang sesuatu sudah tentu kerana Dia lebih arif tentang sifat hamba-Nya. Kan?
Berbalik kepada soalan yang pertama, kenapa anda mahu berkahwin awal?
Saya lebih merasakan, kahwin bukanlah sesuatu yang utama buat masa sekarang tetapi saya tidak menolak andai jodoh saya sampai awal :P Saya bukan tak suka bila berbicara tentang kahwin awal. Cuma kadang-kadang saya kerap terfikir, bagaimana mahu mendidik anak-anak saya nanti. Eh. Macam terlalu jauh kan nak fikir. :P Saya rasa takut mahu membimbing anak-anak saya. Merasakan diri belum cukup bersedia menggalas tugas sebagai isteri dan ibu menyebabkan saya kurang mengimpikan perkahwinan di usia yang muda. Apatah lagi, zaman kampus adalah zaman kita memperoleh sebanyak mungkin pengalaman untuk membina jati diri yang kukuh. Ececece. Kalau kita menunjukkan contoh yang tidak baik kepada anak2, bagaimana anak2 mahu menjadi baik. kan?
Untuk itu, saya lebih memilih untuk memperbaiki setiap kekurangan diri dengan bermunajat kepada Dia, meminta tolong kepada akhowat untuk menegur salah dan silap saya. Saya perlu bersedia kerana saya tidak tahu siapa, bila, bagaimana jodoh yang sudah Allah tetapkan untuk saya.
Saya percaya, perkahwinan bukanlah untuk nampak sweet semata-mata, posing gambar bersama dan sebarkannya di alam maya, tapi perkahwinan pada saya lebih daripada itu. Berkahwin itu mudah, cukup syarat rukunnnya, (Suami, isteri, wali, kadi, dan saksi) sah perkahwinannya. Majlis akad nikah, majlis dan lain2 boleh berlangsung dalam masa sehari. Mudah kan? Berbeza pula dengan hal rumah tangga, siapa yang mahu berumah tangga sehari sahaja? Sudah tentu kita mengimpikan perkahwinan sehingga ke syurga? Takkan mahu sampai anak cucu sahaja bukan?
Ini bagi pandangan saya. Tetapi, saya tidak melarang jika ada kawan-kawan yang mahu berkahwin awal. Jika sudah mampu menguruskan diri sendiri, sudah tentu anda mampu menguruskan rumah tangga anda kelak. Tetapi, jika anda tidak mampu, berpuasalah. Ini bersesuaian dengan hadith nabi,
Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud r.a., Ia menyatakan, “Kami bersama Nabi s.a.w. sebagai pemuda yang tidak mempunyai sesuatu, lalu Baginda bersabda kepada kami;
‘Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kalian yang mampu menikah, maka menikahlah. Kerana dengan menikah itu, ia akan dapat menahan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa. Kerana dengan berpuasa itu akan dapat menahan syahwatnya. (Hadis Riwayat al-Bukhari)
“Tiga orang yang pasti Allah tolong adalah: Budak (hamba) yang ingin membebaskan (memerdekakan) dirinya, Lelaki yang menikah kerana ingin menjaga kesucian dirinya, dan pejuang di jalan Allah.” (Hadis bertaraf Hasan diriwayatkan oleh at-Tirmidzi (no. 1655), an-Nasaa’i )
Dan kepada rakan-rakan yang mahu berkahwin awal, saya tahu niat anda suci murni. Saya tahu anda mahu menjaga diri. Tetapi jika ibu dan ayah tidak mengizinkan, janganlah mengambil jalan singkat dengan berkahwin lari di Siam. Redha Allah terletak kepada redha ibu bapa. Jangan anda kecewakan ibu dan bapa anda.
Akhir kata, daripada kita terlalu memikirkan soal jodoh yang tak kunjung tiba, mari kita berusaha memperbaiki setiap kekurangan diri, mari kita berusaha menjaga diri, berbakti kepada ibu dan ayah, keluarga, masyarakat dan negara.
”Orang yang paling dicintai Allah Ta’ala adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain. Amal yang paling dicintai Allah Azza wa Jalla adalah memasukkan kegembiraan ke dalam hati seorang muslim, menghilangkan kesulitannya, melunasi hutangnya, atau mengusir rasa laparnya.” (HR. Thabrani)
Wallahu’alam. Saya pun mahu memperbaiki diri. Dan peringatan ini sudah tentu untuk diri saya sendiri kerana suatu pada masa dahulu, saya suka juga berbicara tentang cinta
Dan juga buat awak-awak yang saya sayangi kerana Allah. Mudah-mudahan Allah redha apa yang saya sampaikan. Dan mudah-mudahan ada ibrahnya untuk semua.