Selasa, 19 Jun 2012

BERJUANGKAH vs JIWANG


Fenomena Cinta REMAJA Islam 
“SMS 1: hai boleh sayer kenal sayer tertarik dengan perwatakn sopan awk, da lamer sayer perhati awk, awk budak baik n tertarik ngan tudung labuh awk...... sayer harap kiter boleh berkenalan... ukhwah fillaheh orang kater... sayer x pandai sangat arab...”

“SMS 6: wak, dari kawn kiter just panggil sayer awk jer, mcm sayer xistimewa untuk awk jer ;) sayer teringin gak nak jadi mcm kawn sebiliksayer nie, panggil sayang... bolelah, bukan salah pun, just panggilan jer... tq sayang...”

“SMS 12: ayang kiter jumper k,,, abg suka ayang pakai tudung yang sayer beli 2, yang mcm wardina 2, bukan ayag x cantik, judt makin cantik,,,, nipis sikit jer.. kiter jumper nanti ayang bawa la sorang jer k...”

“SMS 17: yang, cintakan abg berape peratus? sepenuh hati? tq!!!!!!! I love u sayang....”

“SMS 19: kater ayang cintakan abg sepenuh hati... kalu ayng cintakan abg aper buktinyer yang,,,
     Hm... geli geleman baca sms di atas tu... tolonglah sweet sgt kah......adui....:(
     Sedih ada, malu pun ada. Malu rasanya kalau ada remaja Islam berbuat sedemikian. Tapi saya     
     percaya, perkara ni memang berlaku...Munkin terkena pada diri kot.....




                                          Fitrah Jangan Dihalang

Bagi saya, kalau nak bercinta, bercintalah. Memang ia fitrah manusia. Tetapi cinta pada makhluk mesti didasari cinta Tuhan. Malulah pada Tuhan dalam bercinta. Takut dapat cinta, tapi tak dapat BAHAGIA. Sebab cinta yang didasari NAFSU adalah cinta yang Tuhan anugerahkan pada haiwan. Sebab itu wujudnya istilah CINTA MONYET. 



Apa itu Fitrah?

Apabila bercakap pasal FITRAH, ia pastinya tak dapat dihalang. Menghalang fitrah hanya mengundang padah yang lebih besar. Yang di kejar secupak, akhirnya rugi segantang.

“Fitrah” maksudnya unsur yang Tuhan dah “letakkan ” dalam diri setiap manusia. Memang ia dah siap pasang. Namun begitu, ALLAH bagi bagaimana melayari fitrah. Ia tak boleh dibiarkan bebas sebebas-bebasnya. Ia akan merosakkan manusia.


Melayari Fitrah “Makan”

Contohnya, fitrah manusia yang mahukan MAKAN. Untuk memastikan kita selamat, Allah sediakan “guideline” pemakanan bagaimana yang boleh selamatkan manusia. 

Allh suruh makan yang HALAL supaya selamat ROH kita. Kemudian, Dia suruh makan yang BAIK (toyyiba), iaitu makanan yang bersih serta menyihatkan supaya sihat JASAD kita. Dia juga suruh makan perpada-pada, jangan berlebih-lebihan. Tak nak ikut panduan Tuhan (Pencipta), alamatnya mengundang padah pada diri. Sakit “Rohani”, sakit “Jasmani”. Kerana Sang Pencipta pastinya lebih tahu dari makluk yang diciptaNya.

Belajarlah Cara Bercinta

 Memang fitrah manusia ingin bercinta dan berpasang-pasangan. Tetapi bercintalah ikut aturan Tuhan. Supaya cinta kita selamat, dan mendapat apa yang kita harapkan (daripada cinta). Setiap remaja dan muda-mudi mesti dibimbing untuk bercinta cara yang betul. Jangan dihalang, tetapi berilah jalan. Dan jangan biarkan Hollywood dan Bollywood yang ‘mengajar’ mereka.



entri ini bukan untuk mengajar tapi lebih kepada untuk saya sendiri belajar,  mungkin ada di antara kita (termasuk diri sendiri) pernah hanyut dalam cinta "uhibbukafillah" ini.. namun adakah benar cinta itu kerana ALLAH? wujudkah cinta sebelum kahwin? adakah kita akan sentiasa mencari alasan untuk membenarkan yang batil,adakah kita akan sentiasa mencari2 hukum yang boleh menghaq-kan suatu kepalsuan ?jangan pula kita menjadi seorang yang tidak bersyukur lantas kelemahan diri itu dimanfaatkan oleh si dia yang bernama syaitan!!



mungkinkah masih ada jalan kembali jika kita pernah terlalai?

yakinlah ALLAH sentiasa menerima taubat hamba-hamba Nya yang bersungguh2 menyesali perbuatan yang lalu jadi apa lagi??kalau pernah tersimpang jauh daripada landasan Nya masih ada jalan kembali untuk kita semua,inshaALLAH

namun...
takutlah kita sekiranya kita sentiasa bertangguh2,sudah tahu kapel itu haram, tapi masih mengada2 nak mencari alasan untuk membutakan mata sendiri,tutuplah telinga semua...tak perlu percaya dengan semua ini!!tapi yakinlah bahawa...setiap perbuatan dalam keadaan anda sudah tahu hukum hakam nya itu lagi dahsyhat perhintungan nya berbanding di saat anda tidak mengetahuinya

kini...kita semua sudah tahu!!merata2 pasti akan ada entri sebegini bolehkah kita masih menafikan kenyataan itu?kita sudah tiada alasan untuk berkata "kita tidak tahu" kepada ALLAH kelak
kerana sudah pasti mata anda akan menjadi saksi yang anda pernah membaca entri2 sebegini
telingan akan menjadi saksi yang anda pernah mendengar orang menasihatkan anda supaya jangan kapel b4 kawen dan segala2 nya akan menjadi saksi bahawa anda sudah sememangnya TAHU, FAHAM akan semua ini,namun anda yang DEGIL, SOMBONG, ANGKUH...perbuatan itu akan menghanyutkan malah merugikan diri sendiri

itu adalah perbuatan

menganiayai diri sendiri

nak tipu siapa??

ALLAH???

TAK!! KITA SEDANG MENIPU DIRI SENDIRI JIKA KITA MENIDAKKAN APA YANG TELAH KITA TAHU



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"WANITA YANG BERAQAL DAPAT MENGUBAH SAHARA YANG TANDUS MENJADI TAMAN YANG INDAH LAGI SUBUR."

Subhanallah

Allah tidak melihat bentuk rupa dan harta benda kalian, tapi Dia melihat hati dan amal kalian.