Ahad, 12 Februari 2012

::|| 10 wAsiAt iMaM aS-syAHiD ||:: :::::|| HaSSaN aL BaNNa ||:::::


AssalamuaLaikum wr wb...

12 Febuari 2012 iaLah uLang-tahun kesyahidan Imam Hassan aL-Banna. Sebagai menghargai perjuangan beliau dan memperingati hari beLiau kembaLi ke rahmatuLLah pada 12 Febuari 1949 pada umur 42 Tahun, saya ingin berkongsi 10 wasiat yang beLiau teLah tinggaLkan untuk kita umat Islam di seluruh dunia agar menjadi mukmin yang sejati . Sebenarnya Islam itu tertegak atas dasar KASIH SAYANG dan bukan atas kiLauan Pedang seperti yang digambarkan oLeh musuh2 IsLam...

RenungLah dan jadikan wasiat ini sebagai pedoman hidup kita sepanjang hayat...

1. ApabiLa mendengar AZAN, segeraLah mendirikan soLat waLau daLam keadaan apa sekaLi pun.

2. BacaLah al-QUR'AN, tatapiLah buku-buku, pergiLah mendengar perkara-perkara yang baik, amaLkanlah zikruLLah, dan janganLah sama sekaLi membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

3. BerusahaLah sedaya upaya untuk bertutur daLam Bahasa Arab yang betuL kerana Bahasa Arab yang betuL itu, adaLah satu-satunya syiar IsLam.

4. JanganLah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan.

5. JanganLah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan ALLAH SWT itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. JanganLah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti meLainkan bersungguh-sungguh daLam setiap perkara.

7. JanganLah bercakap Lebih nyaring daripada kadar yang diperLukan oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring adaLah resmi yang sia-sia dan boleh menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam sesebuah pertubuhan/persatuan; dan janganLah bercakap meLainkan apa-apa yang boLeh memberi kebajikan.

9. BerkenaL-kenaLanlah dengan setiap Ikhwan MusLimin yang ditemui waLaupun dia tidak meminta saudara berkenaLan dengannya… asas gerakan dakwah kita iaLah BERKASIH SAYANG dan berkenal-kenalan.

10. Kewajipan kita Lebih banyak daripada masa yang ada; oLeh itu tolongLah saudaramu agar mereka dapat menggunakan masa dengan berfaedah; dan jika anda mempunyai tugas sendiri, ringkaskanLah perLaksanaannya.


AL-Fatehah 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"WANITA YANG BERAQAL DAPAT MENGUBAH SAHARA YANG TANDUS MENJADI TAMAN YANG INDAH LAGI SUBUR."

Subhanallah

Allah tidak melihat bentuk rupa dan harta benda kalian, tapi Dia melihat hati dan amal kalian.