Ahad, 12 Februari 2012

Sahabat Fillah Q semua

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...
>>..❤..>..❤..>..❤..>..❤..>..❤..>>❤..>..❤>>

Pernahkah kita semua terfikir...
Di Manakah Kekuatan Kita ?

Kalau mungkin kuatnya Superman pada 'S' nya..
Kalau mungkin kuatnya Pendekar pada 'keris'nya..
Kalau mungkin kuatnya Ibu pada 'naluri'nya..
Kalau mungkin kuatnya Cinta pada 'hati'nya..
Kalau mungkin kuatnya Iman pada 'mujahadah'nya..

~ Walau hakikatnya, kuat dan mampu semuanya hanya dengan izin-Nya ~
LAA QUWWATA ILLA BILLAH !

Bagaimana dengan kita?
Letakkanlah kategori mana kekuatan kita...
Cuba kita renungkan kembaLi..........

Dimanakah kekuatan BilaL bin Rabah r.a. tatkaLa beliau dihempap dengan batu di atas badannya di tengah-tengah padang pasir ?

Dimanakah kekuatan Khabbab bin Aratz r.a ketika dipanggang hidup-hidup sehingga lemak-lemak di badannya mematikan arang yang membakarnya ?

Dimanakah kekuatan Zainab al-Ghazali rahimahuLlah ketika diuji dengan keganasan rejim JamaL Abd. Naseer di penjara ?

Dimanakah kekuatan Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin yang lumpuh namun tetap tangkas menggerakkan pejuang2 PaLestin sekaLigus menakutkan rejim2 IsraeL Laknatullah ?

Dimanakah kekuatan Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam sehingga dahsyat sekaLi rentetan kisah perjuangannya ?

Sedangkan mereka juga manusia biasa yang ALLAH Ta'aLa ciptakan....

Dan kita ??

Dimanakah kekuatan daie/yah yang tidak pernah berputus asa daLam membina manusia bersama-samanya ?

Dimanakah kekuatan umat Islam sebenarnya ???
Rohani yang kuat akan menggerakkan jasad waLau ia teLah mati !

♥ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

1. Hai orang yang berseLimut !

2. BangunLah sembahyang Tahajjud pada waktu maLam hari, selain dari sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat)

3. Iaitu separuh dari waktu maLam, atau kurang sedikit dari separuh itu,

4. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya. Dan bacaLah Al-Quran itu dengan "TartiL".

5. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi printah-perintah) yang berat (kepada orang yang tidak brsedia mnyempurnakannya).

6. Sebenarnya sembahyang dan ibadah maLam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betuL bacaannya

7. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak).

8. SebutLah (dengan lidah dan hati) akan nama Rabbmu (terus-menerus siang dan maLam) serta tumpukanLah (amaL ibadatmu) kepada-Nya dengan sebuLat-buLat tumpuan

9. (Dia-lah) Rabb yang menguasai Timur dan Barat , tiada Ilah (yang berhak disembah) meLainkan Dia, maka jadikanLah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.

10. Dan bersabarLah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhiLah mereka (yang menentangmu) dengan cara yang baik.

11. Dan biarkanLah Aku sahaja membaLas terhadap orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang mempunyai kemewahan dan beri tangguhLah mereka barang sebentar."

(Surah Al-MuzammiL : 1-11)

Nak Kuat Tak???

Kalau kita hayati, daLam surah Al-MuzammiL ini, ada 5 amaLan yang menjadi bekaLan kekuatan untuk kita terus tsabat daLam meneruskan langkah yang sukar dan panjang ini.. para daie, bersediaLah untuk dengar dan taat dengan apa yang ALLAH perintahkan:

1. QiamullaiL

2. Baca Al-Quran dengan tartiL

3. Zikir terus menerus

4. Fokus kepada amaL ibadat kepada-Nya

5. Sabar

SubhanAllah, cantiknya aturan ALLAH...

Patutlah para sahabat terdahuLu terkenaL dengan 'Taqwa' nya, kehebatan, dan keberanian mereka...

seLaras dengan amaLnya..

Kita pulak? eh siLap! diri Q puLak! ?

Jom sama-sama; tingkatkan amaLan untuk mendapatkan kekuatan rohani (dan jasmani)...

Kekuatan yang akan meningkatkan Taqwa dan menambahkan rasa pergantungan kita hanya kepada-Nya..

Kekuatan yang memberi rasa Wala' kepada-Nya dan Tajarrud dengan dunia..

Kekuatan yang akan meLahirkan rasa Izzah...

Kekuatan yang bakaL meLahirkan insan seperti BilaL, Ammar, Sumayyah, Zainab, Syed Qutb dan mereka semua yang terdahuLu merasai ni'mat berada dalam perjuangan daLam kecintaan kepada-Nya.

"..Sungguh, yang PALING MULIA disisi ALLAH Tabaaraka wa Ta'ala iaLah ORANG YANG BERTAQWA. "

SunnatuLLah orang yang berjuang bukanLah dihidangkan dengan kemewahan, manja-manjaan, rasa seLesa, santai dan bersahaja daLam baring, tidur dan lena maLamnya dengan mimpi masuk Syurga.. Tidak !

Walau tidak sehebat para Anbiya' dan sahabat terdahuLu, namun pasti! Pasti ada ujian yang menggugat iman dan fikrah kita.. Namun atas dasar cinta itu, atas dasar faham pada pegangan itu, tidakLah kita melepaskan genggaman Ad-Din itu untuk menerima dunia semata..

Dan tidak mungkin! Tidak mungkin! Tidak mungkin kita mampu tsabat bersama kafiLah dakwah, andai kita lari dari proses tarbiyah kerana dari sirah dan sejarah, tarbiyahlah yang membentuk generasi pertama Al-Quran yang unik. Tarbiyahlah yang membentuk jundi-jundi yang rindukan syahid, tidak takut mati. Tarbiyah jualah yang menaikkan Islam sehingga mencapai ustaziatul aLam..

Hilangnya proses tarbiyah,

maka hilangLah kefahaman daLam diri mereka yang Islam

Kurangnya proses tarbiyah

maka lemahLah cinta mereka kepada Jihad fisabiliLLah

Tiadanya tarbiah
maka jatuhLah Islam sejatuh-jatuhnya sehingga diinjak oleh kaum kuffar..
BegituLah SunnatuLLah-Nya..
Tarbiyah dan dakwah adaLah perasa kepada daie yang tidak manja....
Tarbiyah dan dakwah adaLah hati kepada jasad kita...
Tarbiyah dan dakwah adaLah kehidupan kita..
Syurga itu MAHAL...
Layakkah dimiLiki oleh orang yang manja-manja?
Yang bermain-main daLam membina Islam untuk Pencipta Yang Esa ?

Hanya Iman kita yang ada jawapannya.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"WANITA YANG BERAQAL DAPAT MENGUBAH SAHARA YANG TANDUS MENJADI TAMAN YANG INDAH LAGI SUBUR."

Subhanallah

Allah tidak melihat bentuk rupa dan harta benda kalian, tapi Dia melihat hati dan amal kalian.