Jumaat, 10 Februari 2012

ALLAHU AKBAR

Wahai saudaraku..!!!

Apa erti mengaku beriman sedangkan hati penuh ragu dan bimbang dengan janji2 Tuhan..

Tiada makna mengaku islam jika amalan dan perbuatan berlawanan dengan ajaran islam…

Apa ertinya ilmu yang banyak jika tak diamalkan bahkan hanya dibuat cari makan, pujian dan sanjungan, sia-sia saja amalan jika tak ikhlas dan bercampur ujub dan riya'..

Apa guna harta berjuta jika mengheret ke neraka..

Apa manafaat anak dan isteri serta kaum kerabat jika melalaikan untuk beramal ibadah..

Apa erti ada kawan keliling pinggang hanya sekadar buat teman untuk cari makan…

Apa faedah ada guru jika tak mampu memimpin kepada kebenaran dan membawa kenal TUHAN…

Tiada erti hidup lagi jika derhaka dan tidak taat kepada Tuhan yang menjedikan sekalian alam…

Sabda Rasulullah SAW..:
semua manusia akan binasa kecuali orang yang beriman,,
orang beriman akan binasa kecuali orang yang beramal,,

Orang yang beramal pun binasa kecuali yang ikhlas,…
Tidak akan mungkin hati dapat ikhlas selagi hati tidak mengenal ALLAH..
Apatah lagi hati yang penuh dan bergelombang dengan najis mazmumah….

Wahai saudaraku..!!
Marilah kita kembali ke arah jalan yang benar lagi membenarkan..
insyaALLAH..!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"WANITA YANG BERAQAL DAPAT MENGUBAH SAHARA YANG TANDUS MENJADI TAMAN YANG INDAH LAGI SUBUR."

Subhanallah

Allah tidak melihat bentuk rupa dan harta benda kalian, tapi Dia melihat hati dan amal kalian.